Gaya muzik Tinariwen

Muzik karangan mereka menerapkan gaya yang asli dalam kalangan masyarakat Tuareg dan kaum-kaum Amazigh yang serumpun[11][12] terutamanya cara memainkan alat bertali asli Tuareg dipanggil assouf.[13] Selain itu juga, ia turut mendapat pengaruh muzik tradisi Afrika Barat[14] malah kugiran-kugiran muzik rock Amerika Syarikat dan British yang disebarkan melalui pita kaset cetak rompak termasuk Dire Straits,[15] Santana,[16] Led Zeppelin,[17] Bob Dylan[18] dan Jimi Hendrix.[19]

Karya-karya mereka merupakan pecontoh genre yang unik disebutkan sebagai "desert blues"[20] atau Tishoumaren (Tifinagh: ⵜⵛⵎⵔⵏ; daripada kata ⵛⵎⵔ ishumar serapan Bahasa Perancis: chômeur "penganggur"[13]).